Pesawat tersasar, juruterbang dipercayai tertidur

AVIA Чартер - приложение для заказа джета


Data pengesan penerbangan menunjukkan penerbangan itu selamat mendarat pada 6.21 pagi di Lapangan Terbang Pulau Raja berhampiran bandar Currie walaupun tersasar sejauh 46km. – Gambar hiasan

Деловая авиация на Ближнем Востоке и в Средней Азии

LONDON: Seorang juruterbang tersasar lokasi pendaratan hampir 50 kilometer ketika penerbangan carter selepas beliau dipercayai tertidur. Memetik portal Daily Mail, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) berkata, kes ini masih dalam siasatan susulan 'ketidakupayaan juruterbang' dari Devonport di Tasmania ke Pulau Raja. Data pengesan penerbangan menunjukkan penerbangan itu selamat mendarat pada 6.21 pagi di  Lapangan Terbang Pulau Raja berhampiran bandar Currie walaupun tersasar sejauh 46 KM. Data yang diperoleh oleh The Australian, menunjukkan penerbangan itu adalah salah satu dari tujuh penerbangan pesawat Piper PA-31 Navajo VH-TWU yang dijadualkan pada 8 November. Dalam kenyataan ATSB, pasukan penyiasat telah mengklasifikasikan sebagai insiden yang serius dan sedang pengumpulan bukti dalam laporan terakhir. Laporan itu dibentangkan pada Mac 2019. Bagaimanapun, Pengarah Urusan Vortex Air, Colin Tucker enggan mengulas mengenai insiden itu ketika dihubungi oleh Daily Mail Australia.

Авиаперелеты на мероприятия и события

Читайте также:  Kru kabin Ryanair terpaksa tidur atas lantai

Related Posts